TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 88)
Lesu Jet (Jet Lag) (1)
Ramai orang takut kena lesu jet bila terbang lama merentasi pelbagai zon masa & geografi. Lesu jet adalah keadaan fisiologi yang berlaku kesan perubahan 'ritma carcadian' ekoran perjalanan trans-miridian jarak jauh dengan menggunakan pesawat berhalaju tinggi. Setengah orang terkesan selama beberapa hari iaitu sehinggalah dia menyesuaikan diri dengan zon masa barunya. Tidak hairanlah kenapa banyak syarikat penerbangan memberikan banyak tip bagi mengurangkan keletihan penerbangan akibat lesu jet.
Bagaimana pula saya menangani lesu jet & tidak mengaku tewas padanya? Saya menggunakan pelbagai tip & strategi. Mula2 sekali, minda perlu disiap siagakan. Saya melatih minda saya bagi aktif & juga berehat atau tidur bergantujng kepada masa tempatan (masa desfinasi) & bukannya masa asal (masa dari mana saya berangkat).
Kalau anda dijangka tiba di London atau Dubai di waktu malam, jangan cuba tidur beberapa jam sebelum sampai ke destinasi. Nanti bila dah sampai, orang lain tidur tetapi anda terkepil2 mata kerana tidak mengantuk. Kuatkan minda anda untuk lawan ngantuk atas pesawat. Bila sampai sahaja di destinasi waktu tempatan untuk tidur, cepat2 tidur bagi merawat keletihan, ngantuk & perbezaan masa. Lakukan semua yang menarik atas pesawat supaya anda tidak tertidur.
Masalah berlaku kalau anda tidak bokeh tidur mengikut waktu tempatan. Di waktu pagi di sana, baru anda merasa ngantuk sedangkan anda mempunyai jadual kerja yang ketat. Minda kena pandai switch on & switch off. Ini tip paling mujarab.
Tip kedua lebih kepada strategi diversion iaitu memesongkan & menipu minda. Ia berhasil bagi diri saya. Apakah tip diversion ini?
Saya telah menetapkan sesuatu yang istimewa bagi saya nikmati apabila saya mendaftar masuk ke dalam hotel sesudah mengharungi penerbangan lama. 'Sesuatu' iti boleh jadi sebuah buku yang baru saya beli di lapangan terbang @ pun idea & gagasan @ jangkaan yang baru terbit di minda yang mana ia bagitu eksotik & membugarkan. Ataupun mandi atau rendam diri dalam air panas. Ataupun berjumpa dengan seseorang yang anda ingin sangat bertemu samada di lobi hotel atau keluar makan di luar hotel.
MDB